Monday, December 28, 2009

Laporan Msjbox Holiday Camp 2009

Terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi untuk join aktiviti Holiday Camp 2009 di Cherating. Terima kasih juga kepada Lin kerana telah bersusah payah untuk menjayakan aktiviti ini. Terima kasih juga kepada Fatisha & staff praktikal kerana membantu membakar BBQ untuk semua.


Semua peserta. Ni beberapa ketika sebelum bertolak balik.


Sesi lompat-lompat.


Memasang khemah di tepian pantai.


Bersantai sambil makan.


Unggun Api


Sesi bertukar-tukar hadiah.

Selesai aktiviti bertukar-tukar hadiah, maka semua ke khemah masing-masing dan meneruskan tidur sehingga jam 3.30pagi, dan..


Sesi penempatan semula akibat banjir!


Bertungkus-lumus memindahkan anak-anak ke tempat selamat.. hehe..


Masih bertahan sebab ni khemah paling mahal! *kalau banjir jugak, tak tau la nak kata apa..


Khemah paling teruk, floating atas tasek!


Sempat lagi senyum. Ini adalah mangsa pertama penempatan semula *hehe


Kita makan dulu.

Maka semua mangsa yang telah dipindahkan telah menumpang di rumah tumpangan berdekatan chalet husband Lin. Selebihnya, menumpang di chalet Rosli.


Semua bangun pagi, check khemah masing-masing. Aku siap alih jauh-jauh khemah dari tasek tu, takut hanyut weh.. hehe..

Di sebelah pagi, aktiviti sukaneka tidak dapat dijalankan seperti dirancang sebab hujan masih turun. Maka, hadiah telah dijadikan cabutan bertuah!


No 13! siapa no 13? Tin sardin.. Kalau nak tau sapa yang dapat tin sardin tu, pegi tengok kat Full Album! hehe..

Selesai sudah aktiviti cabutan bertuah, semua rombongan bertolak untuk melawat Fatisha Agro Farm.

Fatisha Agro Farm, Kemaman, Terengganu.

Sedikit Info untuk semua: Fatisha ni merupakan user Msjbox yang awal jugak dalam tahun 2005 dan pernah join aktiviti Msjbox Gathering 2006 di Satay Kajang. Masa tu beliau baru lepas grad dari UKM dan baru nak start buka farm cendawan di Kajang.

Fast forward 2009, kini beliau dah pindah dari Kajang ke Kemaman. Sejak dari itu farm Fatisha dah besar, dan antara yang terbesar di Terengganu. Anda yang berada di sekitar Kemaman, boleh la dapatkan supply cendawan dari Fatisha tu yer :) Klik blog Fatisha Agro Farm.


Fatisha.. *tokey besar nih*


Sesi bergambar dengan staff Fatisha Agro Farm.

Ok, panjang pulak aku bercerita. Apa pun, Holiday Camp 2009 kali ini memang membawa kelainan dari Holiday Camp 2008. *hehe..

Full Album:

0 respon: