Kepada semua warga Msjbox,
berikut merupakan undangan dari pihak Blog4FT untuk pelancaran pertandingan menulis blog. Semua dijemput hadir (jika berkelapangan masa). Sila sahkan kehadiran dengan menghantar maklumat kehadiran ke alamat email seperti tertera.
Salam sejahtera,
Bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri pelancaran pertandingan Blog4FT pada 5 Oktober 2009, jam 2.45 petang di Pavilion KL . Untuk makluman tuan/puan, Blog4FT adalah pertandingan yang menggalakkan penulisan blog yang positif dan kreatif mengenai Wilayah Persekutuan .
Sila sahkan kehadiran tuan/puan sebelum jam 12.00 tengahari, 02 Oktober 2009 dengan mengemukakan butiran berikut:
Nama (Pilihan):
Nama Blog:
E-mel Alternatif:
Telefon Bimbit (Pilihan):
dan hantarkan ke alamat e-mel event@blog4ft.com.
Pihak kami turut mengalu-alukan penyertaan tuan/puan di dalam pertandingan tersebut. Di samping itu, kami juga ingin memohon kerjasama tuan/puan untuk mempromosikan pertandingan ini melalui blog masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.blog4ft.com
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Khalilurrahman Kamaruz-zaman
Pegawai Khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan

0 respon:
Catat Ulasan