Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk menziarahi saudara Kassim Selamat (KS) atau LagendaButa yang juga merupakan warga OKU.
"Aku di lahirkan sebagai insan normal, ketika usiaku menjenguk ke angka 40, musibah singgah menyapa diriku, aku lumpuh dari paras dada ke bawah akibat demam denggi pada 20 Jun 2002, dari saat itulah aku mula menyarung jersi orang kurang upaya (OKU)"
- Kassim Selamat
"Dengan satu jari aku menekan keyboard mencari satu huruf. Dari satu huruf kujadikan satu perkataan. Dari satu perkataan kujadikan sebaris ayat sehinggalah menjadi sebuah cerita."
- Kassim Selamat
Msjbox Ziarah di rumah KS ini terbuka kepada semua warga Msjbox, rakan-rakan taulan, dan blogger-blogger sekalian dari seluruh pelusuk tanah air serta yang berada di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Pengurus Aktiviti : Shai (013-3427347)
Penasihat Projek : Junaidix
Alamat :
No.11, Jalan 1/7B, Bandar Rinching
Seksyen 1, 43500 Semenyih, Selangor
Tarikh : 23 March 2008
Masa : 2.00 pm (Tentatif untuk berkumpul di rumah KS)
Konsep : Pot Luck (Setiap orang dikehendaki membawa jenis makanan yang berbeza)
Senarai yang Join:
1) Shai
2) Junaidix & Carneyz
3) Sheda
4) Ako
5) UncleJ
6) Kujie (Not confirm yet)
7) NorZ & Deri
8)
9)
10)
Jumlah: 9 orang
Pot Luck (Nak bawak makan aper eh?):
1) Buah-buahan - AKO
2) Pulut Kuning, Rendang, Pau - Sheda
3) Cupcakes - Shai
4) Kek coklat moist - NorZ
5) Ayam BBQ (versi oven) - Junaidix & Carneyz
Peta Lokasi:

(Klik peta untuk lebih besar)
Maps (Boleh tak sesiapa verify?):
View Larger Map
2 respon:
Salam Jun & warga Msjbox,
Terima kerana sudi menganjurkan program Ziarah nii. Terharu rasa di hati kerana geng Msjbox sudi datang menziarah.
Saya mengalu-ngalukan kedatangan kawan2 semua. Jangan bersusah payah sangat tentang makanan tuu, pandai2 ler nanti tuan rumah siap kan. (^_^)
Tentang Hadiah tu saya amat2 hargai niat baik kawan2 tu. Tapi saya rasa tak perlu ler bawak. Kedatangan kawan2 sudah lebih dari mencukupi.
Kita jadikan program ziarah ni sebagai majlis kenal2 sesama kita.
Sekali lagi ucapan terima kasih dari saya.
KS,
wokeh.. noted & updated!
Post a Comment